Pengalaman trip Penang/Kedah
Pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas saya dengan kawan saya, Mus’ab(bukan Mus’down ekk) telah pegi ke Penang dan Kedah atas urusan bisnes dan personal. Kami tolak lebih kurang pukul 11.30 pagi dan sampai sana lebih kurang pukul 3.45 petang. Alhamdulillah, dalam perjalanan ke sana takde masalah, semua berjalan lancar dan kami selamat sampai di sana. So, sampai sana kitaorang ligat berjumpa dengan client dan prospect yang dah set appointment. Mus’ab banyak le appointment dia..dia ade deliver beberapa polisi kat Kulim.
Hari Sabtu, selain dari personal matter, aku ade jugak deliver polisi kat kawan lama kat Kuala Ketil. Lepas tu terus pegi Sungai Petani untuk settlekan urusan booth kat Tesco Sungai Petani. Dah settle semua, Mus’ab nak balik malam Ahad tu jugak sebab ade appointment penting di KL pada pagi Ahad. So, Mus drive le dari rumah sewa kitorang kat Bayan Lepas sampai KL. Lebih kurang pukul 1.00 pagi kitorang sampai kat R&R Tapah..Aku yang tidur sepanjang perjalanan dah terjaga masa tu. Tetiba, Mus cakap kete tak boleh masuk gear..Sudah!!!.. Lepas 2-3 kali try off dan start balik tak boleh masuk gear jugak.
Kitorang cool down kejap dengan pegi bilik air. Lepas tu datang balik-try start dan harap-harap kete boleh masuk gear..Malangnya, kete tu tak leh masuk gear jugak. Kitorang dah risau. Maybe sebab gear box dah rosak..:-(* Waaaaaa…Last sekali, aku tepon PlusLine mintak bantuan. Dalam 20 minit, diorang sampai dan kitorang bagitau masalah kitorang. Salah sorang abang PlusLine try start kete dan try masuk gear, kete bunyi macam pelik dan dia off balik..Dia cakap kemungkinan besar gear box dah rosak.
So dia tak boleh buat abang..Aku tanya dia kalau nak towing sampai mana? Dia cakap sampai tol Bidor jee..Emm..Mus cakap baik tak payah sebab sana takde ape.. Sini bole jugak makan-makan..orang pun ramai. So, kitorang decide tak tow dengan Plus. Aku call insuran kete aku; Axa- tanya pasal towing. Lepas bagi info kete semua, dalam masa 24 minit dia call balik. Dia bagitau yang ade towing service berdekatan. Kos dia nak towing dari Tapah ke Shah Alam ialah RM600. Insuran cover RM200, so aku kena bayar RM400. Waaaaa….Aku tanya takleh kurang ke? Dia cakap tak boleh sebab itu dah standard price dan tambah-tambah belah malam. So, lepas discuss ngan Mus, aku decide nak towing esok pagi je..kos murah RM100..hehe.. So malam tu kitorang tido dalam kete. Pagi esok aku call Axa balik mintak towing.
Itulah pengalaman berharga kitorang trip ke Penang dan Kedah. Sampai aku tulis post nih kete masih lagi kat workshop tengah repair. Aku dah 4 hari cuti tak pegi opis.:((

Recent Comments