Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2009 Ke 52
Sempena ulangtahun kemerdekaan negara esok, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 52 kepada semua pembaca wmafendi,com dan seluruh rakyat Malaysia.
Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Terkini: Lokasi sambutan tahun ini dijangka akan dipindahkan ke Bangunan Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan.
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Ada jugak lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.
Lirik Lagu 1 Malaysia
Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
Lagu ini boleh dimuaturun di sini

Recent Comments