Ciri skim piramid tidak ikut peraturan akan disiar dalam akhbar

Add a comment July 30th, 2010

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyiarkan di akhbar 10 ciri perniagaan skim piramid yang tidak mengikut peraturan, bagi mengelakkan masyarakat terus tertipu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata masih ramai rakyat di negara ini yang terpedaya dengan skim tersebut, walaupun kerajaan telah menasihatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pelaburan KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyiarkan di akhbar 10 ciri perniagaan skim piramid yang tidak mengikut peraturan, bagi mengelakkan masyarakat terus tertipu.

“Saya berharap orang ramai dan pelbagai pihak perlu melindungi diri sendiri dan tidak tertipu dengan skim ini, yang dari awalnya berniat menipu peserta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai kejayaan polis membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di Petaling Jaya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan memandang serius terhadap skim itu dan melakukan pemantauan berterusan, selain mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha skim itu.

Katanya, selain berdepan tindakan digantung atau dibatalkan lesen serta didenda, mereka juga akan dihadapkan ke mahkamah jika ramai yang tertipu dengan skim itu.
Beliau berkata, penguatkuasaan Akta Jualan Langsung (Pindaan 2010) akan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan aktiviti jualan langsung beretika, selain melarang segala kegiatan berbentuk Skim Piramid dan Skim Cepat Kaya bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna. – BERNAMA

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Digg
  • del.icio.us
  • email
  • Print
  1. No comments yet.Be the first ?
  1. No trackbacks yet.
Comments feed