Archive: ‘Activities’ Category

Mari berqiamulail dan ketahui fadhilatnya

No comments August 31st, 2010

Kita memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. 10 malam yang sangat penting. Saya melihat masjid dan surau sudah sangat ketara berkurangkan jemaah yang datang melakukan solat Tarawih.

Marilah kita memanfaatkan Ramadhan ini. Marilah kita melipat gandakan amal ibadah pada Ramadhan ini. Salah satu ibadat yang boleh dilakukan ialh qiamulail. Di sini ada sedikit maklumat berkenaan fadhilat qiamulail yang saya petik dari http://restu.com.my/fadhilat_qiamullail.htm

PENJANA JATIDIRI MU’MIN

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”

(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

MUKADDIMAH

Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan.

Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jatidiri setiap mu’min. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

PENGERTIAN

Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

SEJARAH QIAMULLAIL

Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)

Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil 20)

SEBAB NUZUL AYAT

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi di mana Nabi sedang berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu.

HIKMAH QIYAMULLAIL

· Meningkatkan keimanan individu

· Meninggikan darjat disisi Allah

· Dapat beribadah dengan lebih khusyuk

· Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang

· Melatih diri menjadi insan bertakwa

· Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat

· Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan

· Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah

· Melatih diri mengharap keredhaan Allah

· Memberi ketenangan jiwa (emosi)

· Memberi kesihatan (fizikal)

· Menajamkan akal fikiran

· Meneguhkan kekuatan rohani

· Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.

· Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah .

· Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL

· Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.

· Tenang hati dan fikirannya

· Dimurahkan rezeki

· Dihormati masyarakat

· Dilindungi Allah daripada khianat manusia.

· Jika dia pemimpin ,dia akan disegani

· Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL

Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.

Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.

“Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”

H.R. Jamaah selain At-Tarmizi

PANDUAN BANGUN AWAL

· Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’

· Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.

· Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat

· Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah

· Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan

· Mematuhi adab-adab tidur

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

· Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail

“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”

H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah

Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.

· Tidur mengikut adab-adab yang digariskan

· Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur

· Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran

· Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai

· Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail

“Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah”

H.R. Abu Daud

Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.

· Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk

· Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.

· Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL

· Solat sunat tahajjud

“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”

Al-Isra’ 79

“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”

H.R. Muslim

· Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.

· Solat witir

· Berzikir, bertasbih dan bertahmid

· Membaca al-Quran

· Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah

PENUTUP

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.

Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu ?………..

Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan

khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.

Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita…dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…

Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang

Yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini ?

Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi

RUJUKAN

· Al-Quran terjemahan Ar-Rahman

· Abdul Salam Mohd Zain.1999.Ingin tahu? Solat.Kuala Lumpur.UPD Sdn. Bhd.

· Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali.1997.Ulum Syariah Ting. 4.Ilham Abati Enterprise

· Imam Al-Ghazali(terj.).1998.Rahsia Hakikat Solat Mengikut Tauhid, Fekah dan Tasauf.Darul Nu ‘man

· Jainal Sakiban Johari.2003.Qiyamullail Amalan orang-orang soleh. Jabatan agama Johor.

· Khutbah jumaat.2003.Jabatan Agama Johor :Qiamullail .

· Jabatan Agama Johor . Himpunan solat –solat sunat .

Qiamullail jadi sunat selepas asalnya fardu

BAGI umat Islam solat lima waktu sehari semalam adalah ibadat fardu yang wajib dilaksanakan, malah ketika sakit pun, ada kaedah yang boleh diamalkan.

Rasulullah s.a.w ketika datang seorang lelaki dari kalangan penduduk Najd dan bertanya mengenai Islam, lalu Baginda menjawab, maksudnya: “Lima waktu solat sehari dan semalam.”

Begitupun, Islam memberikan galakan kepada umatnya untuk melakukan ibadat tambahan supaya dapat mendekatkan lagi diri dengan Yang Maha Esa seperti solat tahajud atau ibadat qiamullail.

Ahli fiqah seperti mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali bersepakat mengatakan ibadat qiamullail disyariatkan. Ia berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Malah, qiamullail menjadi amalan kepada generasi soleh terdahulu.

Ibn Hajar al-Asqalani menceritakan kisah gurunya al-Hafiz al-Iraqi: “Sesungguhnya aku melaziminya dan aku tidak pernah melihatnya meninggalkan qiamullail. Bahkan ia sudah menjadi kebiasaan baginya.”

Dalam al-Quran ada menjelaskan mengenai qiamullail sebagaimana diperhatikan dalam surah al-Isra, bermaksud: “Dan, dari sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu menempatkanmu di tempat yang terpuji.” (al-Isra’:79)

Saad bin Hisham bin Amir pernah meminta daripada Aisyah r.a: “Ceritakanlah kepadaku mengenai qiam Rasulullah.” Lalu Aisyah berkata: “Tidakkah engkau membaca ayat [wahai orang yang berselimut]?” Jawab Saad: “Ya, aku pernah baca.”

Aisyah menjelaskan: “Sesungguhnya Allah azzawajalla memfardukan qiamullail di awal surah ini. Lalu Nabi dan sahabatnya bangun melakukan qiamullail setahun. Allah menahan (tidak menurunkan) penutupnya (penutup surah ini) selama dua belas bulan di langit sehingga Allah menurunkan takhfif (keringanan) pada akhir surah ini. Maka qiamullail menjadi sunat selepas fardu.”

Berdasarkan ayat dari surah al-Muzammil jelas menunjukkan pada asalnya solat Tahajud adalah wajib, tetapi kemudian ia dinasakhkan dengan ayat selepasnya, bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu bangun selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, atau sepertiganya; dan segolongan dari orang yang bersamamu; padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.

“Ia mengetahui bahawa kamu tidak dapat mengira kadar masa itu, lalu Ia menerima taubatmu: maka bacalah apa yang mudah dari al-Quran.

“Ia juga mengetahui bahawa akan ada antara kamu orang yang sakit; dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari kurniaan Allah dan yang lainnya orang yang berjuang di jalan Allah.

“Maka bacalah apa yang mudah bagimu daripadanya; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).

“Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ibnu Abbas pernah berkata: “Tatkala turun permulaan ayat al-Muzammil, mereka (kalangan sahabat) bangun mengerjakan solat dalam sebahagian bulan Ramadan, sehinggalah turunnya ayat akhir surah ini, sedangkan antara permulaan ayat dan akhirnya ialah tempoh setahun.”

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan apakah qiamullail diwajibkan kepada Rasulullah. Ini hasil daripada perbezaan tafsiran terhadap ayat 79 dari surah al-Isra’.

Ibnu Abbas berpendapat kewajipan qiamullail dikhususkan kepada Rasulullah. Pendapat Ibnu Abbas ini disokong oleh ramai ulama seperti Imam Syafie dalam satu pendapatnya. Ia turut disokong oleh kebanyakan ulama mazhab Maliki dan ditarjih oleh at-Tabari dalam tafsirnya.

Pandangan ini berdasarkan ayat di atas, iaitu perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan ke atas kefarduan yang sudah Allah tetapkan ke atasnya. Hadis Nabi mengukuhkan lagi pendapat ini iaitu hadis diriwayatkan at-Tabrani: “Tiga perkara ia adalah fardu ke atasku dan bagimu ia adalah sunat. Iaitu solat witir, siwak dan qiamullail.”

Pendapat kedua ialah pendapat Mujahid bin Jabir yang menegaskan qiamullail adalah sunat ke atas Nabi. Pendapat beliau turut disokong oleh as-Syafie dalam satu pendapatnya yang lain.

Bagaimanapun, qiamullail bagi umat Islam adalah satu ibadat sunat yang sangat dituntut dan tidak wajib.
Kita memasuki 10 hari terakhir Ramadhan. Saya melihat sudah banyak masjid dan surau yang sangat ketara berkurangnya jemaah yang datang bertarawih jika hendak dibandingkan dengan 10 malam pertama Ramadhan.

Marilah kita terus memanfaatkan Ramadhan ini. Marilah kita melipat gandakan amal ibadat kita. Salah satu amalan yang kita boleh buat ialah berqiamulail. Di sini terdapat artikel tentang fadhilat qiamulail yang saya petik dari website

Banyak dalil yang menunjukkan kelebihan mengerjakannya sama ada daripada al-Quran, sunnah atau ijmak ulama.

Dalam hadis berbunyi: “Sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat pada waktu malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang mendirikan solat malam mendapat kebaikan dan kerahmatan, sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam syurga, dengan mata air mata air terpancar. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan diakhir malam mereka beristighfar kepada Allah.” (az-Zariyat:15-18)

Fadhilat Bersedekah

No comments August 13th, 2010

Bersedekah pada setiap hari di dalam bulan ramadhan ini,tinggi pahalanya kerana kelebihan serta kemuliaan ramadhan. Bersedekah pada bulan ramadhan akan menutup kesalahan puasa,diampunkan dosa-dosa yang banyak dan berlipat gandalah pahalanya,dicurahkan rahmat oleh allah,dijauhkan dari azab neraka,didekatkan ke syurga dan jauhkan dari bala…

Firman allah yang bermaksud : perumpaan bagi orang yang membelanjakan hartanya pada jalan allah sepertimana sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,dan pada tiap-tiap tangkai itu terdapat seratus biji pula.

Rasulullah s.a.w. Berkata:sedekah itu sesuatu yang paling besar..diulangi rasulullah sebanyak 3 kali ( begitu sekali rasulullah menekankan kebesaran dan kemuliaan bersedekah )

maksud hadis : sesungguhnya bersedekah itu dapat menutup 10 pintu kejahatan.

Para ulama’ berkata : bersedekah itu 10 kepujian iaitu 5 di dunia dan 5 di akhirat :-

5 kepujian di dunia ialah :-

1) dapat menyucikan hartanya 2) dapat menyucikan badannya, 3) menolak bala dan penyakit 4) mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah sebaik-baik amal 5) berkat hartanya dan allah akan meluaskan rezekinya.

5 kepujian di akhirat ialah :-

1) dinaungi allah orang yang bersedekah pada hari kiamat ketika sangat panas 2) ringan hisabnya 3) berat timbangan amalannya 4) mudah melalui titian sirotolmustaqim 5) bertambah darjatnya di dalam syurga.

Diantara wasiat rasulullah s.a.w. Kepada syaidina ali karamallahi wajhah :

wahai ali…ketika selesai allah menjadikan syurga,maka syurga lantas bertanya: wahai tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?jawab tuhan: untuk orang yang murah hati dan bakti…maka jawab syurga : ya,aku redha. Dan kemudian berkatalah neraka: wahai tuhan,untuk apakah pula engkau jadikan aku? Jawab tuhan: untuk orang yang kikir,kedekut dan sombong…maka jawab neraka : ya,aku redha untuk keduanya.

Wahai ali…aku lihat tertulis atas pintu syurga : engkau diharamkan terhadap orang yang kikir,orang yang menderhaka kepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang.

Wahai ali… Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati,maka nescaya allah tuliskan baginya seribu-ribu kebajikan dan dihapuskan seribu-ribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat…

Wahai ali…sesungguhnya orang yang murah hati itu hampir kepada allah, hampir kepada rahmat-nya,jauh daripada siksaan…dan adapun orang yang kikir@kedekut itu jauh daripada allah,jauh daripada rahmat-nya dan hampir kepada siksaan-nya.

Wahai ali…takutlah kamu dengan doa orang yang murah hati,kerana sesungguhnya orang yang murah hati itu bila mana terlanggar atau tersungkur,allah akan memegang tangannya…

Begitulah serba sedikit tentang fadhilat bersedekah…justeru itu marilah sama-sama kita mengambil peluang ini sementara kita masih diberikan peluang oleh allah…apatah lagi pada bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini…dalam erti kata lain,bulan ramadhan ini adalah bulan untuk ummat nabi muhammad…dimana bulan ini allah akan menerima doa-doa hamba-nya,bulan untuk hamba-nya menempah syurga, bulan yang mudah diterima keampunan dan taubat hamba-nya,bulan untuk hamba-nya perbanyakkan amal ibadah dan bakti kepada allah dan bulan yang mudah untuk mendapatkan keredhaan allah subhanahu wataala…

Beruntunglah sesiapa yang mengetahui dan beramal padanya,dan sungguh rugi mereka yang tahu tapi tiada pula melakukannya…

Janganlah sampai kita menghadap allah nanti dengan kekosongan tangan yang menghampakan,kita pulang dengan kemiskinan amal yang amat mengecewakan dan dengan tangisan air mata penyesalan yang tiada memberikan apa-apa erti lagi kepada kita…

Eating durian time in blue ocean

No comments July 28th, 2010

We are back to red ocean yesterday.  I entering office today and lot of paper work to do. Nevertheless, I get some time to meet up with  few customers.

In blue ocean, after closing Giant booth, Zul, Razmi and I managed to eat durian there. RM21 for 3. Quite cheap. It’s raining that time and we just don’t care.  Just found suitable place to sit and enjoy!

Here some pictures taken. Enjoy!

Fighting in new blue ocean

No comments July 23rd, 2010

Happy Friday!

I’m still in new blue ocean(not Manjung) fighting for new businesses. This place is quite new for me and my members and we need time to explore. Got two big hypermarket here; Giant and Carrefour. Both people said full of people on weekends. For now, we opening in Giant. We will see the progress from here. We are hoping to get this place as hot spot for blue ocean after Manjung.

Have a progressive day and great weekends!

Tight schedule and time allocation

No comments July 16th, 2010

It’s 16th July 2010 already! Time flies very fast. I just attended July CEO Road Show for Central held at Sunway Convention Centre. As usual, the company given some updates, motivation sessions and throw challenges. I’m very excited with all it. The quite best thing, for the first time, I listened sharing session given by Prof. Madya Izzi that I always listen on HotFM radio. He has his own style. Cool.

And I will have tight schedule starting next week. One week going to outstation for booth promotion and another week got booth too but in Klang Valley.

During working, I allocate my time to listen for tazkirah. Now, takzirah that I attended already talking about Ramadhan besides Isra’ and Mikraj. I listen to it for my reminders. As human being, I always forget.

Keep move forward!

Tesco Mutiara Damansara Promotion Booth video

No comments May 22nd, 2010

We are running our promotion booth at Tesco Mutiara Damansara from 8 May until 26 May. I got some time to catch this moment. Enjoy!

Attending the 1st WordCamp my

No comments May 18th, 2010

I be will attending the 1st WordCamp Malaysia on 22nd May in Cititel Hotel, Mid Valley as you can see the badge on the right corner. The event is fully supported by Autommatic and surprisingly by Microsoft. Last time, when I met @simon for registeration, the early bird fee is RM150 but then thanks to supports to sponsors, it’s give flat rate fee–RM150 only.

WordCamp is a conference that focuses on everything WordPress. WordCamps are informal, community-organized events that are put together by WordPress users like you. Everyone from casual users to core developers participate, share ideas, and get to know each other. WordCamps are open to WordPress.com and WordPress.org users alike.

For me, I am quite big fan of WordPress since I was introduced by my friend, Basri. From then, I was developing my blog and get more knowledge about WordPress engine and related.

I come there for knowledge and networking. That’s it. Besides, I happily will get some goodies like FREE WordCamp.my T-Shirt, FREE WordPress Schwag (Direct from San Francisco !), FREE Kaspersky Anti Virus licenses (Special thanks to Kaspersky who is our Gold Sponsor) besides Great networking opportunities with several other like-minded people.

Those interested can go to the website and get register here!

I’m lost in Shanghai pictures

No comments February 14th, 2010

Whoooo… big thing happen is my life early of this year was I went to Shanghai!. So sorry because just sharing it with you due to blog ‘s problem. You know..this is my first time qualified for oversea trip with Prudential! I am so happy to went there. I cannot you my feeling. So happy wehhhh..

Here some pictures taken when I was there. Enjoy!

Heading to LTH Group Agent Planning Workshop + Family Day

No comments December 23rd, 2009

Setelah qualify untuk Shanghai Challenge pada bulan Oktober dan November hari tu, terasa dah lega sikit. Rasa macam dah nak tarik hand brake jee… tapi untuk bulan Disember nih ada lagi challenge cash reward sampai 31hb. Huh, memang Prudential tak nak bagi agent rileks.. kerja saja tarak berenti!

Untuk tahun depan, LTH Group dah buat planning awal. Kalau tahun lepas, kita buat Agent Planning Workshop(APW) + Family Day masa bulan January kat Cherating…masa tu hujan gila-gila punya. So tahun kita buat lebih awal dalam bulan ni jugak kat Hotel Seri Malaysia, Gold Coast Sepang dari hari Jumaat nih, 25hb hingga 27hb. Dikhuatiri banyak aktiviti yang dirancang nak dijalankan nanti. Yang penting, kita duduk buat action plan untuk tahun depan; 2010. Saya pun tengah dok pikir-pikir sekarang.

Apa-apa hal kita hadapai bersama. Keep move forward!


View Directions to Gold Coast Beach, Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor (Gold Coast Beach) in a larger map

Daftar diri ke Windows Launching Event

No comments November 22nd, 2009

Hari ni saya telah mendaftarkan diri saya untuk pergi ke launching event Windows 7, Windows Server 2008 R2 dan Exchange Server 2010. Ini confirmation email yang dihantar.

Dear WAN MOHD AFENDI,

~ CONFIRMATION OF REGISTRATION FOR THE NEW EFFICIENCY LAUNCH ~

This email serves as a confirmation of your registration for The New Efficiency – Joint Business Launch of Windows 7, Windows Server 2008 R2 and Exchange Server 2010 on 24 November 2009 at Kuala Lumpur Convention Centre.

You are registered as:
Full Name : WAN MOHD AFENDI
Company Name : LTH GROUP
Confirmation Number : TNE03785

We look forward to seeing you at the launch!

To obtain event updates & product information, visit our homepage.

To take part in contests & win great prizes, visit www.win7.com.my

Best regards
Registration Centre for The New Efficiency – Joint Business Launch of Windows 7,
Windows Server 2008 R2 and Exchange Server 2010

So, sesiapa yang yang nak daftar sila ke http://www.thenewefficiency.com.my/