Archive: ‘Uncategorized’ Category

Ramadan masa terbaik tingkat ketakwaan ummah

No comments August 15th, 2010

WALAUPUN pengalaman berpuasa ada yang sudah mencapai puluhan tahun, kedatangan Ramadan tetap dinanti dengan penuh debaran untuk memenuhi tekad serta keazaman meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Penceramah bebas, Ahmad Muhamad, berkata pencapaian takwa sepanjang Ramadan perlu diteruskan dan tumpuan ialah memastikan puasa dilaksanakan benar-benar bebas daripada perkara yang boleh merosakkan ibadat itu.

Katanya, kesungguhan menanti kedatangan bulan mulia penuh keberkatan itu hanya berjaya apabila prinsip puasa Ramadan dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan kerana sepanjang bulan itu umat Islam berlumba-lumba menunaikan rukun Islam ketiga.

Katanya, kesungguhan menanti kedatangan bulan mulia penuh keberkatan itu hanya berjaya apabila prinsip puasa Ramadan dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan kerana sepanjang bulan itu umat Islam berlumba-lumba menunaikan rukun Islam ketiga.
“Ibadat puasa sudah dilaksanakan sejak zaman Nabi Adam lagi, maknanya bukan kita saja yang berpuasa kerana mereka yang terdahulu juga berpuasa. Ramadan ialah bulan khusus untuk melatih dan mendidik melakukan amalan wajib serta digalakkan.

“Oleh itu, pencapaian takwa perlu diteruskan termasuk pada Ramadan kali ini mengikut kemampuan diri masing-masing,” katanya ketika menyampaikan tazkirah pada majlis Program Ambang Ramadan 1431 Hijrah di Maahad Tahfiz Nurul Huda Hulu Langat.

Program Ambang Ramadan 1431 Hijrah anjuran bersama Persatuan Warga Emas Hulu Langat, Jam’iyah Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Maahad Tahfiz Nurul Huda Hulu Langat.

Hadir pada majlis itu, Presiden Persatuan Warga Emas Hulu Langat, Muzir Aseral dan Pengasas Maahad Tahfiz Nurul Huda, Sahibon Mohd Yusuf.
Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh pelajar Maahad Tahfiz Nurul Huda yang mengupas ayat mengenai suruhan berpuasa diikuti persembahan nasyid sebelum disambung bacaan Yasin beramai-ramai.

Pada majlis itu juga, Persatuan Warga Emas Hulu Langat menyampaikan sumbangan kepada ahlinya bagi membantu mereka membuat persediaan menghadapi Ramadan.

Ahmad berkata, umat Islam sudah diberi penjelasan atau panduan untuk melaksanakan ibadat puasa melalui pelbagai program dianjurkan pihak tertentu seperti surau dan masjid serta daripada pembacaan sendiri.

Justeru, katanya, Ramadan yang dijangka bermula 11 Ogos bakal menjadi medan membuktikan kemampuan diri menahan diri daripada makan dan minum selain mengelak melakukan perbuatan membatalkan puasa.

Pada masa sama katanya, banyak natijah baik yang sering kali berlaku sepanjang Ramadan tidak sepatutnya dipersiakan kerana mahu tidak mahu masyarakat perlu mengakui keistimewaan bulan puasa kepada kehidupan mereka.

“Ibu bapa yang sibuk bekerja sedaya upaya pulang untuk berbuka puasa bersama anak. Waktu sahur pun dapat makan bersama kerana jika tidak susah untuk ahli keluarga berkumpul. Ramadan juga merapatkan jurang antara yang miskin dan kaya.

“Pada masa inilah kita dapat lihat mereka yang berpangkat tidak kekok makan bersama golongan kurang berkemampuan. Banyak perkara indah berlaku semasa Ramadan dan alangkah baiknya jika dapat diteruskan pada bulan lain,” katanya.

Sumber: Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

Let’s pray first video on YouTube

No comments March 14th, 2010

I just found this video that posted on Facebook by my nephew; Mohd Imran Wan Hassan. It’s cool!

Average worker will have RM120,000 in EPF- The Star Malaysia

No comments July 23rd, 2008

Posted by mobile phone:
By ZULKIFLI ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR:

An average worker will have about RM120,000 in his Employee Provident Fund (EPF) account by the time he reaches the age of 55, Deputy Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said in Dewan Negara on Monday.

He added that the amount, which was calculated based on the person’s working life of 30 years, would provide him with an average of RM500 in monthly returns for 20 years after reaching 55 years.Ahmad Husni said the amount would enable him to meet basic expenditures.

However, the person must contribute more than RM120,000 to his EPF account to enjoy a more comfortable retirement life, he told Senator Ikhwan Salim Sujak.Ahmad Husni said the EPF had strategies to ensure workers were prudent with their savings and they should invest their savings in proper schemes.

He also said EPF contributors were allowed to withdraw from Account II to buy a house or a second house if they had settled the loan on their first house.To a question, Ahmad Husni said there were no plans to compel contracted or part-time workers to contribute to the EPF

Testing post from Blackberry using Moblogging

No comments January 5th, 2008

Posted by mobile phone:
Now I am in The Woods Resort, Ulu Yam Batu Caves attending APW2008 event.